Skip to main content

Posts

1 Ogos 2008

Bermula 1 Ogos 2008, ada lagi 22 Hari sebelum berangkat ke Taiwan. National Chengchi University. Insyallah semua akan ok! So, cerita pada 31 Julai 2008. Terkejut bila Pengerusi Eksekutif Maahad al-Manar tawarkan aku jawatan tetap selain tawaran-tawaran yang akan dibincangkan kemudian. Terkejut & bersyukur! Kerja keras akhirnya berjaya. Bila kita melakukan kerja sebaik mungkin, Insyaallah, hasil yang terbaik akan kita terima! Hari ni, 1 Ogos 2008. Abe Ha & T balik dan lepak di rumah dengan kami. Nini, Adik, Aku, Ma & Abah. Yang tak ada, Yaya dan Allahyarhamah Hjh Aklili Muhammad. Hari ni aktiviti seperti membersihkan kubur K.Long, masak itik dan buat sumtam berjaya diselesaikan! SUCCESS! So, aku datang online semata-mata menghilangkan boring dan gian dengan internet! So guys, jumpa lagi k .... Apa persiapan aku setakat ni? 1. Visa 2. Confirnmation dokumen untuk ke National Chengchi University,NCCU 3. Semua surat tawaran dah sampai Assalamualaikum -Engr Hazzard

30 May 2008

Salam, Thanks haida ... Dia yang sarankan aku buat akaun kat sini ... So, senanglah nanti nak communicate kan? Aku baru jek nak main-main dengan blog ni ... Hari ni 30 May 2008. Aku masih di sabah, sukau. Tempat paling best dalam diari hidup aku ... semua bende baru aku jumpa di sini, perangai manusia, makanan dan suasana baru! Tinggal lagi 2 atau 3 hari lagi aku nak blah ... blah ke semenanjung ... harap2 aku lebih baik lah balik nanti ... setakat ni, balik semenanjung nanti, aku ada misi yang perlu diselesaikan ... mencari duit untuk ke National Cengchi University dan Belajar Al-Quran dengan ma ... hehehe dah besar cam anak dinasour pun tergagap-gagap lagi bacaan (Ma = Mak Dinasour)... harap-harap semua berjalan lancar! hehehe So, malas nak tulis panjang2 ... cukuplah untuk pagi ni ... mana tahu tengahari atau petang nanti aku sambung plak ... take care ya ... 7.58am, 30 May 2008 -Engr Hazzard