Skip to main content

Catatan Tanpa Tarikh

Assalamualaikum,

Aku malas nak letak tarikh ... hehehe tapi lepas aku post citer kene halau dari dorm, semalam, kami semua kene denda ... hahahahaha padan muka!

Pening jugaklah kepala ni ... macam-macam kene, tapi seronok! hahaha hari ni aku puasa ... but more on diet lah! Tak kecik-kecik ... maybe aku tak betul-betul disiplin!

Well, pagi ni aku ada kelas satu tadi, Marine Engineering Knowledge ... not badlah ... belajar pasal Boiler. So, tak payahlah nak cerite pasal Boiler kan?

Aku selalu jek terpikir kalaulah aku ni berkuasa ... maybe macam citer apa dah tuh ... laaaa lupa la ... takpelah ... tapi cite omputih yang diberi kuasa .... Bruce Almighty tuh! hahaha tapi confirm mustahil, sebab aku ni hanya manusia biasa, Allah adalah tuhan ku dan aku adalah hambanya!

Well, sekarang banyak sangat isu pasal pendidikan negara yang diketengahkan. Contohnye, isu bahasa inggeris, graduan IPTA tak kompeten dan jugak antaranya masalah sosial pelajar-pelajar ni ...

Sebagai rakyat biasa yang semestinya dan mungkin tak mampu berfikir sedalamnya, aku boleh bagi beberapa cadangan ... tapi tak tahulah sama ada cadangan aku ini hanya omong kosong ...
1. Dalam nak meningkatkan penguasaan bahasa inggeris, pada pendapat aku, semua ni kene bermula dari kecil ... dari mana? dari sekolah rendah ... perasan tak masa kita kecik-kecik dulu, selalunya kita akan mengeja perkataan bahasa inggeris dengan menggunakan kaedah bahasa melayu? apa contohnye eh? : beg (bahasa melayu) juga akan dieja beg (bahasa inggeris), walhal bag (bahasa inggeris) ... aku berpendapat, masa peringkat kecik-kecik sekolah rendah dulu, kita patut ditekankan dengan english communication di mana, banyakkan belajar bercakap, menyanyi, berlakon dan mungkin permainan yang menggunakan pertuturan bahasa inggeris! Jadi, bila dah kecil-kecil dah boleh cakap bahasa inggeris, asasnya dah ada ... tak adalah bila besar (23 tahun macam aku ni) pandai menulis dan membaca tetapi tak pandai nak bercakap bahasa inggeris! Kesimpulan: hanya ubah kaedah/pendekatan pengajaran & pembelajaran bahasa inggeris ... menjimatkan! Aku juga pernah baca artikel yang matapelajaran sains dan matematik contohnya merupakan matapelajaran pemahamam ... jadi bahasa ibunda akan memberi kesenangan dalam memahami konsep dengan lebih mudah!

2. Graduan IPTA tak kompeten ... ini paling aku rasa tak best! sebab apa? akupun graduan IPTA. Actually, apa yang aku nampaklah, bukan salah IPTA tau! Salah graduan tu sendiri. Yang aku nampaklah, graduan IPTA ni lebih suka duduk bilik layan tenet, tambah pulak sekarang ni dunia dah makin canggih! wireless anywhere boleh dapat ... lagilah! Kalau kita tengok balik, student yang balajar luar negara memang dapat banyak kelebihan berbanding kita graduan tempatan, tapi tak bermakna kita ni low level! hehehehe. Macam mana nak jadikan graduan IPTA kompeten? Langkah kerajaan sekarang yang memperkenalkan sistem 6 bulan Internship/Praktikal memang benar-benar membantu, selain tu, student tu sendiri kenelah sentiasa join persatuan ... bukan sebagai PESERTA tapi sebagai JAWATANKUASA ... push yourself ... banyak yang aku nampak sijil sebagai PESERTA yang di simpan ... actually, kalau ada satu sijil JAWATANKUASA pun dah cukup memadai ... it will shows that you have a personality! Selain tu, kenelah improve sikit-sikit communication skills ... tapi jangan over-over sampai orang cop kita sebagai cakap tak serupa bikin! hahaha

3. Pasal masalah sosial, aku rasa aku malas lagi nak komplen la ... actually bukan salah student sahaja ... salah cikgu, salah pengetua/guru besar, salah mak bapak, salah masyarakat ... last sekali barulah salah student tu ... sebab apa tau? namapun student (age 7 - 18) most of these people yang dalam umur-umur macam ni, memang macam 'lalang' ... ikut arah angin! Jadi, janganlah letak kesalahan kat students ni semata-mata, kesian! Kalau time students tuh berjaya, dapat 9A PMR ker .... straight A's SPM ke ... semua orang nak ambik nama, mak bapak, cikgu-cikgu, sekolah ... ketua kampung ... macam-macam lah ... hampir semua orang yang ada kaitan ... tapi kalau budak tu buat salah sikit ... terus kita tunjuk kat mak bapak dia ke ... sekolah ke, cikgu ke ... atau budak tu sendiri ... tapi tak leh ke kita semua pikir balik yang budak tuh masih REMAJA ... 'lalang' ... baru nak explore dunia ... bagilah dia sedikit ruang untuk bernafas ... kalau salah, kita tegur (dari awal) kalau betul, kita kene ingatkan dia ... kalau ikut resam padi takpe ... takut jadi lain ... ini tak, hanya mereka yang bersalah sahaja kita tegur ... yang berjaya biar je dia besar kepala! Ok?

Maaflah sesangat kalau apa yang aku cakap ni merapik atau ada yang terasa ... tapi semua ni aku rasa kita kena kembali ke agama ... semua agama ada guide line masing2. Insyaallah semua akan ok. Tak ada agama yang jahat ... kecuali yang sesat ...

Salam bicara!

Hari ni nak tido kat masjid lah ... tido kat dorm kang kene pulak ... (petang ni tak ada kelas!)

-Engr. Hazzard

Comments

Popular posts from this blog

Kalori Diet?

Assalamualaikum ... Aku ingatlah kan yang blog aku ni sejak aku post cerite cerite seharian takde orang nak baca. Ada jugak ye? Insyaallah aku akan terus menulis!  Hari ni aku sibuk dok kire kalori.  Nak kurus!!!  Korang tahu tak sejak aku buat pembedahan masa zaman kanak kanak baru akil baligh dulu aku punye berat naik membuak buak!  Maka selepas balik ke Malaysia pada tahun 2013 rasanya. Aku start berdiet. Atkins diet. Dalam masa 2 bulan berjaya!!! 20 kilo turun.  Dari berat 99 ke almost 77. Bayangkan, masuk Uniqlo boleh pilih je. Pilih je!!!  Saiz XXL dulu skang masuk M jek.  Tapi bila aku berhenti kerja, travel selama sebulan then masuk company baru, bermulalah diet yo-yo. Berat naik balik tapi takdelah seberat 98. Tapi this time better sebab aku dah fit!  Nak start balik Atkins sedikit malas. Memang biasa sebenarnya, untuk korang yang nak start diet, 2 - 3 minggu memang tak leh nak on track lagi.  ...

Marine Engineering Bridging Program

Assalamualaikum ... DONE! It would be the best word to describe when I'm done my 2-year training ... 2 years isn't easy path for me to walk through ... Last week, I get back home after a few weeks struggle for my exams ... Theory exam (Oral Exam) at MARDEP Port Kelang ... MSCR exam (Marine Survical Craft & Rescue) at ALAM Melaka ... and a few courses before and after the exams ... Alhamdulillah ... I passed all the exams ... Now, it is the time for me to apply for my CoC (Certificate of Competency) ... 2 years back ... I remembered when one of the staff from my company said ... 'Your Degree is Useless ... You can burn it!' Phewwww! Just put yourself in my shoes ... :p When I was onboard ship ... Some peoples discriminate me and my buddy ... Just because we have a piece of paper ... B.eng Mechanical is nothing to them ... But then, its something to us ... A few cadets argued about how much we earned per month ... Nothing he shared with us ... Help with hidden agenda ...

2018

Assalamualaikum, My last post was on 2015, it was 3 years back. Wow! A lot of things happen since my last post. 2015 1. I got retrench from my previous company 2. I had my first son; Averroes Uzma and he is now 3 years old. 3. I am jobless until March 2016 2016 1. I work in Gebeng Kuantan as a Mechanical Engineer 2. Gaining weight! 3. Uzma and my wife still staying in Melaka and we were PJJ 4. Uzma diagnose with Craniosynostosis 5. I did my first Marathon 42km! 2017 1. I still work in Gebeng Kuantan as a Mechanical Engineer 2. We got our new son; Avicenna Attar 3. Uzma undergone a major surgery because of his Craniosynostosis 4. I had my surgery for Tonsil and Nose. 5. Get a new job as a Senior Reliability Engineer 6. I did my second Marathon 42km! 2018 1. I started my new job as Senior Reliability Engineer 2. I hike the highest mountain in Malaysia: Mount Kinabalu! I wish that I may try to post as much as possible for the year 2018.