Skip to main content

UMP PERLU DIBERI NAFAS BARU




KHUSYUK...sebahagian pelajar mendengar perutusan amanat 2009
yang disampaikan Dr Daing, semalam.

KUANTAN: Pengurusan dan pentadbiran Universiti Malaysia Pahang (UMP) perlu melakukan anjakan paradigma secara serius dalam usaha memastikan universiti itu tidak terus berada pada kedudukan lebih rendah berbanding institusi pengajian tinggi (IPT) lain di negara ini.

Naib Canselornya, Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata keputusan setara tahun lalu jelas menunjukkan UMP masih belum mampu menyaingi dan menandingi IPT lain seluruh negara.

Menurutnya, keadaan itu kerana UMP lebih menumpukan kepada isu remeh-temeh seperti protokol dan kedudukan masing-masing.

“Ada kalangan pegawai tertentu tidak mempunyai kemahiran untuk kerja yang sepatutnya dilakukan selain tidak mementingkan waktu berkualiti apabila dibiarkan begitu saja.

“UMP dilihat lebih fokus kepada majlis pelancaran, perasmian dan perjumpaan di merata negeri tanpa memberi penekanan kepada isu lebih penting termasuk kebajikan pelajar,” katanya ketika menyampaikan perutusan 2009 di hadapan kira-kira 4,000 pelajar dan kakitangan di Kompleks Sukan UMP di sini, semalam.

Katanya, pentadbiran UMP lebih cenderung kepada melaksanakan peraturan ketat hingga membebankan pelajar, namun kurang berusaha mengutamakan aspek kebajikan pelajar.

“Peraturan universiti dipandang ringan dan dilanggar kakitangan dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang tindakan diambil bagi mengatasinya.

“Kita seolah-olah seronok sendiri dengan setiap tindakan diambil tanpa memikirkan kesannya kepada dunia luar,” katanya.

Justeru, beliau berkata, satu tindakan drastik dengan memberi nafas baru kepada slogan kejuruteraan, teknologi dan kreativiti perlu dilakukan bagi mengembalikan maruah dan memartabatkan kembali UMP.

- http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090203090043/Article/index_html

p/s Aku sokong! Kalau tak silap aku, masa aku di UMP dulu memang benda inilah yang menghantui kami semua ... harap ada perubahan selepas ini.

Assalamualaikum ...

Comments

  1. ya ya... setuju.
    University should focus more in nuturing intellectual culture...
    ni banyak kompaun sana sini je... haha

    ReplyDelete

Post a Comment