Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

MAnILa: CatATAn PerTAmA!

Nota Pertama: Penerbangan ku pada jam 1340 waktu tempatan. dari pintu C17, KLIA, perasaan ku sedikit cuak. Bimbang. Takut. Maklumlah, kali ni aku akan mengembara sendiri. Sebagai pengambara bebas (Independent Traveller). Independent Traveller: dengan bajet yang rendah, tak bergantung pada tour agent dan semuanya sendiri. Ada juga pegembara yang mengembara bersama teman, kawan, keluarga dan juga seorang! Ini adalah kali pertama aku mengambara bersendirian. Kalau sebelum ni, trip ke Taiwan, Korea, Indonesia, Kemboja dan Vietnam, aku bersama kawan. Aku merasa sedikit takut. Banyak sangat benda bersarang di fikiran aku sekarang. Walaupun aku ditemani Visa & Mastercard, mereka bukanlah sesuatu yang boleh aku harapkan. Ya, sekarang aku sedang mencabar diri aku! Aku mencabar diri aku sendiri ... aku letakkan ketepi kehidupan biasa di rumah. Sekarang adalah masa untuk aku kenal siapa aku ... untuk aku membaiki kebolehan diri, cara berkomunikasi, kekuatan diri dan jiwa, pegangan aku, kebole

My DaY in MAniLA!!!

Tarikh: 1 Jun - 10 Jun 2010 Tempat: Manila, Filipina Misi : Mencabar diri sendiri & pengambaraan secara solo!

Uwaaaa! Nak balik!

Assalamualaikum ... Post semasa aku di Cambodia + Vietnam baru aku nak habiskan sekarang ... Sedangkan, aku baru tamatkan satu perjalanan baru aku ke Manila ... Perjalanan solo aku yang pertama! OK ... Teruskan dengan perjalanan balik aku dari Phnom Penh ke Ho Chi Minh ... Perjalanan selama 6 jam ni bagi aku sudah ku anggap biasa ... Maklumlah, dulu dari Ho Chi Minh City ke Siem Reap mengambil masa 13 jam ... Aku bertolak dari Phnom Penh awal pagi ... Fadli bergerak ke Airport Phnom Penh ... manakala aku bergerak ke Ho Chi Minh City sendirian ... Aku naik motor dari rumah Pisith ke Phnom Penh ... Hanya 1 USD sahaja ... ( 7 - 9 KM) ... Namun, memandangkan aku ada sedikit duit lebih .... Aku bagi lah mamat tuh hampir-hampir 2 USD ... Sampai di Bus Station ... bersebelahan dengan Central Market ... Aku tunggu bas ... Alhamdulillah, tiada masalah langsung! Dalam perjalanan pun tiada masalah .... Hanya apabila kami berhenti di sebuah kedai makan sebaik sebelum melintasi sempadan Cambodia -