Assalamualaikum ...
Good Morning! I wake up early this morning ... subuh and then terus pergi jog dengan anas ...
5 round = 8 - 9 KM! Record kedua aku jogging sebanyak 5 pusingan sepanjang di ALAM ni.
Well, pagi-pagi ni tiba-tiba teringat pulak pada geng-geng TALENT 2006. Last night I phoned Dzul & Najib ... seronok pulak dengar cerita diorang ... seronok punya seronok ... bil aku tiap-tiap bulan melambung ... nasiblah aku berjaya menjimatkan kos aku yang lain-lain ... demi membayar bil telefon yang selalu mencecah dan melampaui kredit limit!
So, berbalik kepada geng TALENT 2006, FYI as a universiti baru ... tahun 2006, UMP masih di kenali sebagai ... Kolej Univeristi Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM). Memandangkan universiti ni masih baru ... dan semua orang di luar sana memandang rendah pada student KUKTEM ... so dengan bantuan dan brain child founder TALENT 2007 dan staff UMP En. Nik Mohd Izzual ... kami berjaya menjalankan program pertama KUKTEM ke luar negara!
Pioneer! Untuk pengetahuan korang jugak, program ni adalah program sendirian berhad ... di mana pelajar-pelajar yang propose ... bukan universiti ... so faham-faham lah ... betapa susahnya nak meyakinkan universiti yang kami mampu menjalankan program ni di samping mampu mencari penaja ... kos projek ni menelan belanja kurang lebih RM 50,000.00 (Lima Puluh Ribu Ringgit SAHAJA) ... sebagai jawatankuasa kecil ... aku hanya buat kerja-kerja biasa ... tapi memang mencabar lah ...
Bukan setakat universiti sahaja kami kene lawan ... dekan aku pun aku kene convince kan yang aku boleh p sana dan at the same time ... lulus paper Thermodynamics I yang aku repeat pada waktu tu ... selepas bincang elok2 (elok-elok pun aku kene brain wash jugak!) selama sejam ... akhirnya Prof. Madya Dr. Rosli bin Abu Bakar, Dekan FKM, KUKTEM membenarkan aku pergi! Yahooo! I love you dekan!
Pengalaman kat sana? Tak payah ceritalah ... mula dari naik flight sampailah turun flight ke KLIA semula macam-macam cerita ... hahaha ada yang pergi sana cakap melayu dengan penjual-penjual (masalah bahasa), ada yang pergi sana siap nak bertumbuk, main kejar-kejar dalam hotel sampai kene sound ... terminum sup B***, ish! Macam-macam ... well, sebagai adik 'bongsu' dalam geng TALENT 2006 ... aku rasa best sangat-sangat! Sebab, apa sahaja yang aku buat ... orang lain boleh terima ... sampailah diorang kejar aku kat hotel dan aku menjerit sepuas-sepuasnya dalam hotel tu! hahaha
Oh ye, kepada roommate (En. Arman) aku selama seminggu kat Taiwan ... thanks a lot! Dan jugak kakak ku ... Cik Paridah (aku dah terbiasa panggil Cik ... walaupun dia dah bahagia bersama hubbynyer) ... kesian dia siap menangis-nangis lagi sebab tiket balik ke KL hampir-hampir dibatalkan ... thanks a lot k!
Tapi, itu semua pengalaman ... aku pernah baca satu kata-kata/artikel/nasihat ... kalau kita nak kenal hati budi kawan kita ... pergilah mengembara dengannya ... baik atau buruk kawan korang ... korang sendiri yang tahu!
After all ... dah 2 tahun berlalu ... mana kami semua?
Cik Paridah n Roommate ku ... masih menjadi staff di UMP aka KUKTEM ...
Kak Aishah & Din ... ke London untuk sambung PhD ... (Im coming k!)
Najib ... kat UMP menyiapkan masters dan jadi tutor sambilan ...
Lain-lain jadi engineer kat macam-macam company ...
aku?
Training peringkat SIMA (Sijil & Diploma) di ALAM ni sampai bulan 3 nanti ...
Akupun nak capai kejayaan seperti mana diorang ...
I miss you guys!
* TALENT 2006 - Taiwan Academic Leadership Entrepreneurship and -missing word- Visit 2006.
Well, if tanya Dzul our project manager pun, dia tak ingat nama penuh TALENT 2006!
Assalamualaikum ...
Comments
Post a Comment